SAPS Ibu Bapa 2022 - Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Atas Talian


Assalamualaikum. Pernah dengar tak mengenai SAPS Ibu Bapa? Sebab ada ibu bapa yang kurang awareness mengenai SAPS ibu bapa ni. Kalau tak pernah, mari syira terangkan. SAPS Ibu Bapa merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di mana ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak pada setiap semester peperiksaan. Mudah kan sekarang ibu bapa boleh mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi anak-anak dengan menggunakan SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu Bapa ini boleh diakses dengan mudah di mana-mana sahaja melalui telefon pintar atau laptop/komputer. Proses juga sangat cepat dan pantas. Semua di hujung jari sahaja. Manakala guru pula boleh menggunakan SAPSNKRA bagi memasukkan keputusan pelajar ke dalam sistem.

APDM tu apa pula? APDM pula adalah maklumat mengenai rekod kehadiran pelajar dan rekod data-data mengenai pelajar sekolah masing-masing. Okay, bagi yang bertanya bagaimana ibu bapa mahu menyemak keputusan anak anda? Senang ja. Ikut sahaja cara di bawah:

1)Layari https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

2)Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir

3)Pilih maklumat sekolah (negeri, daerah dan nama sekolah)

4)Klik semak


Semakan ini boleh dibuat untuk pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Tarikh pengisian markah peperiksaan adalah tertakluk kepada takwin/pindaan yang dikeluarkan oleh KPM. Segala keputusan peperiksaan boleh diakses di dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, anda boleh menghubungi Setiausha Peperiksaan SAPS di sekolah masing-masing. Sekiranya ibu bapa terlupa login SAPS, jangan risau dan panik. Ibu bapa hanya perlu reset semula username dan password yang telah diisikan sebelum ini. Jika masih gagal, boleh hubungi Setiausaha Peperiksaan SAPS.

Mudah kan cara-caranya? Dengan adanya sistem sebegini, ibu bapa akan dapat mengetahui rekod prestasi anak-anak dengan lebih cepat dan pantas. Lagi pula dengan keadaan pandemik sekarang ni, sistem SAPS ibu bapa ini sangat membantu berbanding dahulu ibu bapa perlu hadir ke sekolah bagi menandatangani report card. Kongsi jika bermanfaat kepada yang lain.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post