Logo KBBA

Bahagiakan Emak Dengan Membawa Pulang Kebaikan Apotec Ke Kampung

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca syira. Moga sihat-sihat sahaja kalian semua ye walaupun kita masih diuji dengan pandemik Covid19. Diharapkan kalian berada dalam keadaan selamat. Baru-baru ini, syira membuat kajian sikit mengenai produk yang sesuai diamalkan bagi menjaga kesihatan syira dan juga buat emak syira juga. Kebetulan emak syira ada mengadu cepat penat dan lesu sekarang. Jadi sebagai anak, syira semestinya risau akan kesihatan beliau.

Akhirnya, dah jumpa produk Apotec yang rata-ratanya ramai memberikan maklum balas yang positif. Produk Apotec yang syira maksudkan adalah Apotec Curmac Turmeric dan Apotec Omega-3 Fish Oil. Kedua-dua produk ini syira berikan kepada emak syira di kampung. Kali ini kepulangan ke kampung lebih bermakna sebab syira bawakan kebaikan Apotec pulang ke kampung. Apa-apa pun mari syira kongsikan dengan kalian dulu mengenai produk Apotec. Mana la tahu kan kot-kot nak beli untuk orang tua juga.

Apotec Curmac Tumeric

Apotec Curmac Tumeric yang diperkaya dengan kandungan serbuk ekstrak Rhizome curcuma longa yang lebih dikenali sebagai kunyit. Mengandungi bahan aktif seperti curcumin yang sememangnya bagus untuk melawan penyakit seperti kanser. Untuk pengetahuan kalian, curcumin ini sangat tinggi dengan kandungan anti oksidan di mana sangat bagus untuk kesihatan kita.


Salah satu sebab kenapa syira memilih Apotec Curmac Tumeric ini kerana produk ini mempunyai anti radang yang bagus untuk masalah sendi. Emak syira sering kali mengalami masalah sendi dan juga sakit lutut. Selain mengurang masalah sendi, kunyit juga secara umumnya bagus untuk kesihatan jantung, kawalan tekanan darah tinggi dan juga mengurangkan paras kolestrol.

Menarik kan Apotec Curmac Tumeric? Banyak kebaikan untuk orang tua. Sebab itulah syira memilih produk ini untuk emak. Selain orang tua, Apotec Curmac Tumeric ini juga boleh diamalkan oleh golongan yang mahu meningkatkan sistem imunisasi, golongan yang ingin menjaga kesihatan jantung dan juga individu yang mengalami masalah sendi.


Antara kelebihan lain Apotec Curmac Tumeric
▪ Salah satu bahan iaitu CurcuWIN® telah dipatenkan: Bahan ini telah ditingkatkan
kadar penyerapannya ke dalam tubuh badan dengan mengunakan teknologi
UltraSOLTM dimana mampu menukarkan lipophilic compounds dan curcuminoids
yang mempunyai kadar penyerapan lemah kepada bahan larut air.
▪ Highly bioavailable- 46 kali tinggi daripada std. curcumin.
▪ Pengeluarannya yang diiktiraf oleh GMP.

Cara pengambilan Apotec Curmac Tumeric
Ambil 2 kapsul sekali sehari selepas makan atau ambil 1 kapsul dua kali sehari selepas makan.

Apotec Omega-3 Fish Oil

Untuk pengetahuan kalian, minyak ikan terkenal dengan omega-3 asid lemak yang sememangnya baik untuk kesihatan kita. Dengan adanya Apotec Omega-3 Fish Oil, kalian tidak perlu risau lagi sekiranya kekurangan Omega-3 yang kebiasaanya dihasilkan daripada pemakanan kita.

Kandungan Omega-3 produk ini adalah EPA 650mg dan DHA 260mg satu biji yang diperbuatkan daripada sumber ikan sardin dan ikan bilis. Haaa.. mudah kan nak jaga kesihatan? Antara kebaikan Apotec Omega-3 Fish Oil yang mampu mengawal paras tekanan darah tinggi membuatkan syira tertarik untuk berikan kepada emak syira. Sejak 2010, emak syira disahkan menghidapi darah tinggi.

Jadi, Apotec Omega-3 Fish Oil sangat sesuai diamalkan oleh beliau. Selain mampu mengawal paras tekanan darah tinggi, Apotec Omega-3 Fish Oil juga baik untuk 
jantung, mengurangkan keradangan sendi, mengelakkan masalah penglihatan dan sebagainya. Kesemua kebaikan Apotec Omega-3 Fish Oil ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh golongan orang tua, individu menderita kardiovaskular dan individu yang mempunyai profil tinggi BP, Kolesterol, Lipid.


Kelebihan lain Apotec Omega-3 Fish Oil
▪Kandungan Omega-3 yang lebih 3 kali tinggi daripada jenama lain
▪ Dihasilkan dalam bentuk gel lembut
▪ Highest purity – molecular distillation

Cara pengambilan Apotec Omega-3 Fish Oil
Ambil 1-2 biji sekali sehari selepas makan atau bergantung kepada nasihat doktor kalian.

Oh ya, syira juga nak kongsikan mengenai Apotec Apple Cider Vinegar with Honey yang juga syira sendiri gunakan. Teruja sikit nak gunakan Apotec Apple Cider Vinegar with Honey ini sebab tak pernah guna lagi tapi sering kali mendengar feedback menarik orang lain mengenai kebaikan cuka epal.

Sebagai seorang ibu, rutin harian syira agak sibuk dengan kerja rumah seharian selain menguruskan anak yang masih kecil dan juga aktif. Disebabkan itu, syira mengambil langkah ini untuk meningkatkan kesihatan dan juga sistem imunisasi. Antara bahan yang terkandung dalam Apotec Apple Cider Vinegar dengan madu adalah air, jus epal pekat, madu dan juga cuka.

Kebaikan Apple Cider Vinegar with Honey
▪ Meningkatkan pencernaan dan penyerapan
▪ Meningkatkan rasa kenyang
▪ Membantu dalam pengurusan berat badan
▪ Melegakan masalah sembelit dan membantu dalam proses detoksifikasi
▪ Bertindak sebagai antioksidan



Part menguruskan badan tu paling syira suka. Selain menjaga kesihatan syira, syira juga boleh mengurangkan berat badan. Sistem pencernaan lebih lancar dan kurang masalah sembelit. Kalian mesti faham kan kalau ada masalah sembelit ni kan? Moga-moga Apple Cider Vinegar with Honey dapat menyelesaikan masalah syira ini. Hehe oh ya Apple Cider Vinegar with Honey ini diperakui Halal Jakim ye. Jangan ragu-ragu nak mencuba.

Cara pengambilan Apple Cider Vinegar with Honey
Bancuh dua sudu dengan 180ml air suam. Minum selepas makan.


Untuk maklumat lanjut boleh layari

11 Note(s) ?

  1. Bila baca .. baru sedar diri dah makin tua .. hahahaha .. adeh .. sakit lututku ni

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya range Apotec ni eh. Family LH memang akan makan fish oil untuk imuniti badan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, bagus dan banyak khasit apotec ni. Saya tak pernah cuba lagi, tapi nampak ramai kawan-kawan yang promote kata bagus. Alhamdulillah kita kongsi pada ibubapa kita dan semoga kesihatan mereka bertambah baik

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Kesihatan mak dekat kamlung kene jaga kan. Kadang kalau jauh tak dpt nak tengok sangat.. Bagi prpduk kesihatan apotec ni

    ReplyDelete
  5. Tumiric atau kunyit ni memang diketahui ramai mmg byk khasiatnya..

    ReplyDelete
  6. Wow.....long time x baca review pasal Apotec nie. Thank you for sharing it again here with me. Take care.

    ReplyDelete
  7. Mak saya memang amalkan cuka epal, minum dengan madu. Nanti nak cuba brand ni la pulak.

    ReplyDelete
  8. syiera !! haritu saya makan yang tumeric tu.. memang best !! saya ni dah lah mudah demam selesema, konsisten makan tumeric tu, memang berhasil.. hee~

    ReplyDelete
  9. Good good kita nak juga beli ini nak kasi kat mak kita hehehehe biar mereka sihat dan juga gembira selalu hehehehe..

    ReplyDelete
  10. pernah dengar pasal apotec..mmg bagus utk kesihatan...sy pun suka produk ni...esp cuka epal

    ReplyDelete
  11. Apple cider dengan madu sihat tu, boleh detox badan ni! Nanti nak cuba brand ni jugak.

    ReplyDelete