Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil: Pengalaman Syira Sekeluarga Menggunakannya

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga kalian sihat sentiasa ye di kala kita dilanda pandemik ini. Dalam menjaga kesihatan untuk tahap yang lebih baik, syira mencari alternatif yang bersesuaian untuk kegunaan satu keluarga.

Kebetulan syira dan suami sedang menjalani pemakanan yang lebih sihat, kami mencari minyak zaitun sebagai pengganti minyak biasa yang digunakan. Baru-baru ni syira google dan terjumpa artikel minyak zaitun iaitu Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil. Meh syira ceritakan lebih lanjut mengenai minyak zaitun ini.

Mengenai Minyak Zaitun Al’Ard

Minyak Zaitun Al’Ard merupakan antara keluaran minyak zaitun yang terbaik di dunia. Dihasilkan dari kota suci Palestine dimana ditanam secara organik mengikut tradisi dan sangat berkualiti tinggi. Untuk pengetahuan kalian, syarikat Al'Ard adalah syarikat pertama yang mendapat pengiktirafan ISO 22000 bagi pembotolan minyak zaitun.

Kandungan acidity juga rendah iaitu kurang daripada 0.5% di mana minyak zaitun yang dihasilkan adalah daripada perahan pertama (cold pressed). Pemilihan buah zaitun juga antara yang terbaik dan diproses pada hari yang sama bagi menjaga kualiti.

Pemakanan Lebih Sihat Dengan Minyak Zaitun Al’Ard

Seperti yang syira maklumkan tadi, syira sedang menjalani pemakanan yang lebih sihat. Syira menggunakan Minyak Zaitun Al’Ard sebagai ganti minyak biasa. Contohnya syira menggunakan sedikit Minyak Zaitun Al’Ard bagi memanggang ayam. Kalau sebelum ini, suka goreng je kan. So kali ni, kita panggang ayam menggunakan minyak zaitun. Ayam lebih sedap dan beraroma. Tambahan pula, makanan jadi lebih berkhasiat sebab minyak zaitun kan kaya dengan lemak tidak tepu atau bahasa mudahnya lemak sihat seperti mana yang disebut di dalam Al-Quran.

Minyak zaitun juga dapat mengurangkan paras kolestrol dan mengurangkan berat badan. Disebabkan itu juga syira menggunakan Minyak Zaitun Al’Ard sebagai alternatif pemakanan sihat. Syira juga menggunakan Minyak Zaitun Al’Ard sebagai dressing untuk salad. Salad pun bertambah sedap tau! Syira boleh dikatakan sering sakit badan setiap kali datang bulan. Info yang diterima, minyak zaitun sangat bagus untuk sakit sendi dan keradangan. Jadinya syira amalkan setiap pagi. Alhamdulillah masalah sakit badan berkurangan.

Manfaat lain Minyak Zaitun Al’Ard

- Mengurangkan risiko strok atau sakit jantung
- Membantu pencernaan dan gastrik
- Mengurangkan risiko Alzheimer’s
- Mampu membunuh sel kanser
- Mencegah kanser kulit
- Kurangkan risiko kanser payudara 
- Mencegah osteoporosis
- Mengurangkan risiko diabetes
- Mengurangkan masalah obesiti

Selain Minyak Zaitun, Al'Ard juga mengeluarkan produk berkualiti seperti Premium Palestinian Za'atar Blend dan Palestinian Black Seed Paste. Sejujurnya syira tidak pernah menggunakan Palestinian Za'atar Blend.

Untuk pengetahuan kalian, syira mencampurkan sedikit Za'atar Blend ke dalam masakan syira bagi melancarkan pencernaan. Tahukah kalian, herba thyme juga elok sekiranya batuk? Cadangan lain, kalian boleh campurkan Za'atar Blend dengan hidangan seperti bihun, salad, telur dadar dan sebagainya.

Lain-lain kebaikan Za'atar Blend adalah merawat anemia, membantu masalah pernafasan, merawat jerawat, meningkatkan kesihatan tulang, mencegah rambut gugur, mengawal tekanan darah dan sebagainya.

Palestinian Black Seed Paste atau Habbatus Sauda secara umumnya memang mempunyai pelbagai kebaikan. Antara kebaikannya adalah mencegah kanser, meningkatkan kesihatan hati, mengawal tekanan darah, menurunkan paras gula dalam darah dan banyak lagi. Kalian boleh je campurkan Palestinian Black Seed Paste ni ke dalam hidangan berkuah atau minuman.

Sekiranya berminat untuk mencuba atau menempah, boleh klik di pautan di bawah:

Website 

Facebook 

Instagram:

Al MASOUD TRADING
G33A, Block 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40150 Shah Alam, Selangor

1 Comments

  1. Memang bagus amalkan ambil minyak zaitun.. banyak kelebihannya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post