Logo KBBA

Bantuan Prihatin Nasional 2.0: Permohonan Dibuka Mulai 15 Oktober


Sebagai tanda rasa prihatin terhadap rakyat yang terjejas akibat daripada wabak pandemik covid 19, kerajaan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan kewangan tambahan BPN atau lebih dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional 2.0. 

Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri itu merangkumi golongan berkeluarga dan juga bujang iaitu golongan B40 dan M40 daripada pelbagai bidang.

Bagi isi rumah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan disalurkan antara jumlah RM300 sehingga RM1000 mengikut kategori masing-masing sama ada B40 atau M40 seperti gambar rajah berikut.

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dibuat pada:

- Fasa pertama: Hujung Oktober 2020

-Fasa kedua: Januari 2021


Untuk pengetahuan kalian, semua penerima BPN terdahulu tidak perlu mengisi semula permohonan kerana sudah ada data yang tersedia sebelum ini. Namun sekiranya kalian masih belum memohon, boleh lah memohon di Portal Rasmi LHDN mulai 15 Oktober 2020.

Geran Khas Prihatin

Geran Khas Prihatin atau GPK 2.0 juga bantuan yang diumumkan sebagai pembayaran one off yang berjumlah RM3000 diberikan kepada yang berkelayakan supaya dapat meringankan beban dan meningkatkan produktiviti perniagaan mereka.

Bagi permohonan Geran Khas Prihatin, pengusaha mikro perlulah membuat permohonan mulai 1 Oktober 2020 dan pembayaran akan dibuat secara one off ke akaun persendirian pemohon yang didaftarkan.

Difahamkan ramai rakyat Malaysia yang terjejas dengan keadaan sekarang. Namun, moga dengan program rangsangan yang diumumkan ini dapat memberikan sinar baru dalam melayari kehidupan akan datang. Untuk maklumat lanjut, boleh layari PortalMalaysia

0 Note(s) ?