Logo KBBA

Anak Tenang, Ibu Pun Senang Dengan Minyak Tenang Anakanda : Ning Salmah


Anak Tenang, Ibu Pun Senang Dengan Minyak Tenang Anakanda : Ning Salmah | Sejak ada anak ni, syira selalu sangat menitikberatkan bab kesihatan Medina. Yelakan sebagai ibu, syira nakkan yang terbaik untuk Medina. So kali ni, syira nak review produk keluaran Legasi Ning Salmah Sdn Bhd, Minyak Tenang Anakanda.

Cantik packaging Minyak Tenang Anakanda


Ning Salmah atau lebih dikenali sebagai Sharifah Ning Salmah mempunyai visi dan minat mendalam di dalam bidang perniagaan sejak beliau muda lagi. Dilahirkan pada tahun 1890an, Ning Salmah memulakan perniagaan dengan adanya warisan ilmu penjagaan kesihatan dan kecantikan.

Pernah dengar Nona Roguy? Cucuandanya lah yang menerajui bisnes tersebut. Bakat tersebut diturunkan kepada Sharifah Aliyah Barakbah, maka dengan ini terlahirnya Legasi Ning Salmah.


Bagusnya Minyak Tenang Anakanda Ni!!

Syira boleh katakan gunakan dekat Medina, Minyak Tenang Anakanda hampir setiap hari. Selepas mandi, syira akan sapukan dari perut turun ke kaki. Sambil-sambil tu, syira buat urutan sikit dekat Medina. Banyak kebaikan Minyak Tenang Anakanda ni. Antaranya adalah:

🌸Membantu pernafasan lebih baik
🌸Merawat selsema & batuk
🌸Merawat sembelit & kembung perut
🌸Membantu pembuangan angin
🌸Menyelesaikan masalah kulit
🌸Sesuai digunakan untuk bengkak susu
🌸Mengurangkan sakit pinggang
🌸Mencegah penyakit ain



Bahan-bahan Minyak Tenang Anakanda
Bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan Minyak Tenang Anakanda semuanya bahan semula jadi dan diyakini selamat 100% untuk digunakan kepada si manja dan seisi keluarga. Mummies jangan risau ya!

✔Minyak kayu putih
✔Minyak buah pala
✔Minyak cengkih
✔Minyak daun pudina



Testimoni Syira
Sepanjang syira gunakan Minyak Tenang Anakanda dekat Medina, kualiti tidur Medina lebih teratur dan tidak meragam bila malam. Kalau tidak, asyik terjaga ja tau. Mungkin disebabkan keadaan perut selesa, so tidur pun lebih lena. Sebelum tidur, syira sapukan di perut dan tapak kaki Medina. Lagipun Minyak Tenang Anakanda ni tak panas. Sesuai digunakan untuk semua lapisan umur. Wangi pulak tu! Yang paling ketara sekali, Medina senang membuang. Jujur ya sebelum ni Medina mempunyai masalah sembelit cuma tidak la serius.



Sejak syira sapukan Minyak Tenang Anakanda ni, Medina senang membuang air besar. Dah la membuang air besar lepas tu pakej sekali kentut hahaha ops! Tapi tak paaa! Ibu suka! Bukan apa, buang angin ni bagus. Barulah tak kembung perut. Medina pun lebih ceria. Kalau tak meragam jugak kalau perut tak selesa. Budak-budak kan, nak bagitahu tak selesa tak pandai cakap lagi (cakap bahasa Jerman, ibu tak faham😅), so yang dia tau nak nangis jela. Bila adanya Minyak Tenang Anakanda ni, masalah ibu selesai.


Testimoni Pengguna Lain

Cara Menggunakan Minyak Tenang Anakanda
Sapukan beberapa titik Minyak Tenang Anakanda di badan, perut dan tapak kaki. Boleh digunakan selepas mandi atau bila-bila masa.

Kalau korang nak tau, selain Minyak Tenang Anakanda, terdapat produk lain juga iaitu Losyen Dara Bonda, Mandian Mulus Anakanda, Powder Mulus Anakanda Ning Salmah Hand Sanitizer dan Bengkung Jawa Ning Salmah. Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan, korang bolehlah dapatkan di maklumat bawah ni.

Facebook: Ning Salmah
Instagram: @ningsalmah



20 Note(s) ?

  1. I like the packaging, looks good to try this. I shall let my sis in law to know of this too. She is looking for kids oilment, I think she has not try this out.

    ReplyDelete
  2. ooh..keturunan Nona Roguy ke..dah tentu ok nie. bole lah k mid syorkan pada kekawan yang ada anak kecik tue

    ReplyDelete
  3. Rawlins suka guna minyak sebegini - wangi dan tidak panas.
    Bagus gak sebab membuatkan baby tenang.
    Baby yang tenang maka parents pun tenang sekali kan.

    ReplyDelete
  4. I wonder if this is the same as the traditional Ru Yee medicated oil that the Chinese usually use. Anyway thanks for recommending this product, will have a look at it.

    ReplyDelete
  5. mcm best myk ni err mcm yuyi jg kn klu kembung perot kakk sy suke sapu kat ank dia mslhnye dgn makcik2 die skli pkai hahahah t bole la sy suggest kn

    ReplyDelete
  6. waa bagusla ada minyk baby yg diperbuat drp semuanya bahan semulajadi je mcm ni, mesti bagus unt baby. pernah dgr jugk brand nona roguy tu, bagus kn set berpantang dia. klau ni anakandanya insyaAllah terbaik jugk ni hehe bolehla tgk2 nnt 😃

    ReplyDelete
  7. Loving the packaging. Bukan baby he. If me pun suka apply oil camni before sleep. Lagi deep sleep.

    ReplyDelete
  8. Nama produk pun dan menarik hehehe Anak Tenang ibu senang dengan minyak macam ni waktu kecemasan sangat berguna tambah-tambah anak meragam waktu tengah malam kan...

    ReplyDelete
  9. Seronok pula tengok kepelbagaian produk Ning Salmah. Minyak pun ada! Hehe. Boleh la nanti cuba.

    ReplyDelete
  10. Banyak juga kelebihan dna kegunaan minyak ni y . Nampak gaya boleh saya beli dan gunakan pada anak. Yela bila ada anak kecil ni faham faham jelah kan .Mudah masuk angin. Bukan anak je boleh hun , kita pun boleh

    ReplyDelete
  11. Kita pun ada set Ning salmah. Tapi belum cuba lagi. Sbb xjmp lg reviewnya. Bagus erk utk anak2 selsema batuk so boleh la gunakan nnt. Tapi liez suka slim cream yg sejuk tu.. bau pun best

    ReplyDelete
  12. Looks like a good product. I will suggest to sister for her baby.

    ReplyDelete
  13. baru tau pasal minyak ni..nampak menarik ni..boleh cari untuk anak-anak..kadang perut dep meragam..jadi kena sediakan ubat dekat rumah

    ReplyDelete
  14. Tak pernah dengar jenama ni. Baca blog syiera ni , nampaknya bahan-bahannya berunsur semulajadi jugak. Boleh cuba jugak ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Pernah try minyak ni. Best jugak untuk baby. Takde kembung perut semua. Next baby pun maby akan cari balik minyak ni.

    ReplyDelete
  16. seperti nama dia minyak tenang, sure anak tenang mak pun senang kan . xdelah lagi nak risau bagai

    ReplyDelete
  17. Lawa packing dia..
    Nanti nak suggest kata dik ipar la.
    Kalau bby dia ada masalah perut tak selesa ke, suruh dia standy minyak ni dekat rumah.
    Budak budak kalau disapukan dengan minyak memang tdo pun lena..

    ReplyDelete
  18. Setiap ibu mesti kena simpan stok minyak macam ni kan kalau ada anak kecil. Sebab bila badan tak sihat, mereka meragam, sekurang nya kita dah standby ubatan.

    ReplyDelete
  19. haritu ada nampakorang jual minyak ni macam nak try tapi tak pernah baca review dia so tak beli.now dah bacareview boleh la beli nanti

    ReplyDelete