Review Riley & Declan Baby Organics: Comfy Tummy Rub & Super Relief Cream


Review Riley & Declan Baby Organics: Comfy Tummy Rub & Super Relief Cream Ini merupakan kali pertama syira mencuba produk rangkaian Riley & Declan Baby Organics. Sebelum ini syira pernah tengok dekat website Motherhood.com.my. Macam tertarik juga pada mulanya sebab produk ini bebas dari paraben, SLES/SLS, animal testing dan bahan yang digunakan juga organik. Sememangnya selamat untuk kegunaan bayi. Ohh ya syira diberi peluang untuk mencuba Comfy Tummy Rub & Super Relief Cream. Mari syira kongsikan dengan korang ye.


🌹Comfy Tummy Rub
Bahan yang terkandung di dalam Comfy Tummy Rub adalah aloe vera, minyak jojoba dan halia. Bagusnya sebab bahan semua semulajadi je. Terus terang syira sukakan bau Comfy Tummy Rub ni. Wangi je. Nak sapu dekat Medina pun best je. Sedikit berangin tapi tidak keterlaluan la. Bersesuaian la untuk kegunaan bayi terutamanya bayi yang baru lahir.
Medina setakat sekarang alhamdulillah seingat syira sekali sahaja kembung perut. Itu pun masa dalam pantang. Tapi syira sapukan juga dekat Medina, sebab dia suka sangat makan ubi kentang. Bila sapu Comfy Tummy Rub memang Medina tak kembung perut. Nak tidur pun selesa ja. Lagipun krim ni cepat meresap ke dalam kulit. Korang patut cuba okay.


Kebaikan Comfy Tummy Rub
🌻Melegakan kembung perut (colic)
🌻Mengurangkan batuk
🌻Menghilangkan selsema

Cara Menggunakan Comfy Tummy Rub
Digunakan selepas mandi. Sapukan sedikit di tapak kaki serta bahagian perut dan urutkan dengan perlahan.

🌹Super Relief Cream
Selain Comfy Tummy Rub, syira juga mencuba Super Relief Cream. Super Relief Cream diperbuat daripada aloe vera, minyak jojoba, calendula dan daun shiso. Syira gunakan Super Relief Cream ni sebab Medina senang sangat kena gigit dengan nyamuk. Lepas tu habis bintik merah timbul. Hihi sabar jelah.
Bila apply Super Relief Cream ni, kurang lah sikit bintik merah tu. Kalau tidak, kerja bergaru ja Medina sebab kegatalan. Oh ya, Medina ni mudah juga naik ruam bila panas. Sekarang kan musim panas, so wajib standby satu ke mana saja.


Kebaikan Super Relief Cream
☘Mengurangkan kegatalan pada kulit
☘Sesuai digunakan untuk kulit ekzema
☘Menghilangkan ruam

Cara Menggunakan Super Relief Cream
Sapukan di tempat yang bermasalah selepas mandi dan ulangkan sekiranya perlu.


Untuk maklumat lanjut dan tempahan:


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post