Logo KBBA

Resepi Ringkas Dan Mudah Kerang Masak Cili


Assalamualaikum dan selamat petang uols! Dua hari lepas syira beli kerang dekat Tesco. Baru hari ni sempat nak masak. Hehe. Tak ada idea sangat nak masak. Selalu kerang ni mak syira mesti ketuk serai then rebus je. Pastu cicah dengan air asam.
Tapi kali ni, syira nak masak something different. So syira masak kerang masak cili. Resepi yang mudah dan simple ja. Tak susah pun cuma lecehnya nak kena kopek kerang jela. Meh syira kongsi resepi
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 biji cabai/cili besar*
3-4 biji cili padi*
2 batang serai (diketuk)
1 sdb sos tiram
1 sdb sos cili
Garam
Gula
Yang bertanda (*) tu korang blend dulu. Lepastu tumis sampai naik bau. Masukkan serai yang diketuk. Masukkan sos tiram dan sos cili. Lepastu masukkan kerang yang direbus. Lastly season to taste. Siap!
Selamat mencuba!


4 Note(s) ?