Menconteng Arang Di Muka Dengan Akar.co Skin Polisher Arang 2in1

Menconteng Arang Di Muka Dengan Akar.co Skin Polisher Arang 2in1 l Assalamualaikum dan salam sejahtera! Haluuu kali ni syira nak kongsikan skin polisher arang daripada Akar.co. Selalu kita dengaq drama melayu cakap jangan conteng arang ke muka kan, tapi yang ni boleh! Hahahahha. Sebab yang ni bukan sebarang arang tapi arang magik okay.

Apa apa ni Akar.co Skin Polisher Arang??
Akar.co Skin Polisher Arang merupakan produk yang menggunakan activated charcoal sebagai bahan utama. Akar.co Skin Polisher Arang ini juga adalah produk 2 dalam 1 di mana korang boleh gunakan sebagai skrub dan juga mask di muka. Wow bestnya.
Harga RM85 (100gm)
Kebaikan Akar.co Skin Polisher Arang
  • Merawat dan menghilangkan jerawat
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan kulit berminyak
  • Menghilangkan bintik hitam di muka
  • Mampu memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Meringankan kulit wajah

Kesan serta merta yang dapat dirasakan selepas syira sendiri menggunakan Akar.co Skin Polisher Arang ni kulit lebih lembut, kulit berminyak berkurang dan sebagainya. Selain itu, Akar.co Skin Polisher Arang juga boleh detoksifikasikan kulit wajah kita. Nyah kau toksin!
Sekiranya korang menggunakan secara berterusan, korang akan dapat kulit yang lebih sihat, lebih cerah dan flawless!

Kandungan Akar.co Skin Polisher Arang
  • Arang aktif
  • Minyak jojoba
  • Minyak pudina
  • Minyak argan
  • Aloe vera
  • Minyak kelapa

Yang pastinya, Akar.co Skin Polisher Arang ini bebas daripada bahan terlarang. Mempunyai sijil halal daripada Jakim dan juga telah mendapatkan kelulusan KKM (NOT171101075K). so korang jangan ragu ragu untuk try okay.
Tekstur Akar.co Skin Polisher Arang
Testimoni syira
Syira suka packaging Akar.co Skin Polisher Arang ni. Simple je. Hitam menawan gitu. Bau Akar.co Skin Polisher Arang ni masyaallah wangi gila. Bila apply dekat muka rasa dingin sejuk sebab adanya pudina. Dingin yang menyegarkan. Nak nak sekarang ni asyik panas ja kan cuaca sesuai sangat kalau duduk rumah bersantai dengan Akar.co Skin Polisher Arang.
Kulit syira rasa lebih lembut lepas cuci. Selain syira rasa minyak apada kulit pun berkurangan. Kulit syira rasa lebih ringan tau. Ee sukanya.
Cara menggunakan Akar.co Skin Polisher Arang
Sapu dengan amaun yang sederhana ke muka korang pastu ratakan ke seluruh wajah. Biarkan selama 1-3 minit. Selepas itu, korang urut sikit secara circular. Ala macam massage gituu. Last sekali, bilas dengan air bersih. Siappp! Boleh digunakan 2-3 kali seminggu.
Korang boleh tengok video bawah ni untuk tutorial cara menggunakan Akar.co Skin Polisher Arang.

Sebarang pertanyaan dan tempahan:
Instagram: @Akar.co
Facebook: Akar.co Natural
Website: www.Akarco.com

                                                                                                              

1 Comments

  1. Sekarang bnyk keluaran drp arangkan. Memang bnyk kbaikan. Salah satunya elemen untuk putihkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post