(Review) Lenovo A889 Pilihan Syiera



Assalamualaikum


Sebelum ni, syiera pernah buat survey smartphone jenama Lenovo mana yang best. Rata-rata cakap Lenovo A880. Mula-mula memang syiera nak beli A880. Tapi, survey punya survey ada tawaran yang lagi best daripada A880. Iaitu A889. A889 ni boleh dikatakan baru lagi di pasaran. Syiera ditawarkan dengan harga RM650 sekali memory card 8gb.


Berbakikan baucar buku yang syiera tak guna lagi, syiera beli jelah. Kedai dekat Plaza Alam Sentral ni boleh guna baucar buku. Hehe. Nak beli buku dah habis study, so beli lah handphone. Memandangkan dah hampir empat tahun syiera setia dengan Samsung Galaxy Y pink syiera tu, so teringin pulak nak merasa smartphone yang lebih advance. Mulanya nak beli Samsung Galaxy Grand, tapi ramai syorkan Lenovo. So, syiera pun okay jelah.


Speksifikasi Lenovo A889

Android version: 4.2.2
CPU: MT6582 Quad Core 1.3GHz
GPU: Mali-400MP
RAM: 1gb
ROM: 8gb
Screen display: 6.0 inch QHD
Screen resolution: 960 x 540
Dimensions: 164.3 x 85.5 x 9.5 mm
Weight: 197.5 g
Front camera: 0.3 megapixel
Rear camera: 8.0 megapixel / Auto focus / Flash
2G: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 MHz
3G: WCDMA : 2100 MHz
Sim card slot: Dual sim card
Audio: MP3, AAC, WAC etc
Video: MP4, FLV, AVI, MOV, RMVB etc
Data transfer: Bluetooth 4.0, USB 2.0
Mobile internet: WiFi, EDGE, GPRS, UMTS, HSPA, HSPA +
GPS: GPS, A-GPS
Features/sensors: Gravity sensor, G-sensor, P-sensor, L-sensor, light sensor, FM Radio etc
Battery: Li-ion battery 2500mAh









So far, syiera berpuas hati la dengan smartphone ni. Bateri agak tahan walaupun syiera selalu online. Yelah, online business biasa laaaa uolls. Hehe. Besar tu penting. Memang best kalau tengok video sebab mostly support format video. Syiera selalu tengok running man. Hari tu melayan cerita abang jebat dalam handphone.


Kamera quiet okay. Tapi syiera tak kisah sangat kamera ni. 8.0 mp pun cukup okay bagi syiera. Sound best. Syiera memang suka dengar lagu. So, syiera puas hati lah. Bagi penggemar game, rasanya okay lah. Sebab tak cepat panas. Kalau samsung, memang panas then hang. Tapi, syiera bukan gamers sangat. Tak  ada game dalam handphone. Angry bird tu pun yang memang asal ada dalam handphone. Boleh la modal bosan bila menunggu KTM. Hahaha. Pou tak da ye. Malas nak bela. Hahaha.


MACAM MANA NAK SCREEN SHOT GUNA LENOVO A889?

Senang sahajaaa.. Hold volume down dan power on/off secara serentak sehingga bunyi macam kamera ambil gambar. Keadaan button ni dekat tepi memang menyukarkan sikit untuk screen shot. Tapi, hold je kuat-kuat.


APA PERBEZAAN LENOVO A880 DENGAN A889?

Haaa.. pening tak pening tak? Sebenarnya tak jauh beza pun antara dua model ni. Sistem semua sama. Yang bezanya kamera. Kamera belakang Lenovo A880 5.0mp. Kamera depan pulak VGA. So, kualiti kamera Lenovo A889 ni okay sikit laaa daripada Lenovo A880. Harga Lenovo A880 pun lebih murah berbanding Lenovo A889. Sekali imbas sama je tengok. Casing pun syiera rembat casing Lenovo A880.





P/S: So, jom lah beli Lenovo. Selain murah, besar pulak tu. Syiera puas hati sangat beli guna hasil titik peluh berniaga. Lenovo K900 pun macam cun jugak tapi bajet tak da. Heehehe.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMAIL KE syierafirdaus@gmail.com . BOLEH DROP KOMEN DEKAT SINI TAPI SYIRA PESAN SIAP-SIAP SYIRA LAMBAT REPLY SINCE SYIRA JARANG BLOGGING. BUSY BISNES. KALAU EMAIL INSYAALLAH CEPAT BALAS. TQ




62 Comments

  1. erm,, tengah survey gak lenovo ni huhu..
    ramai kawan2 guna lenovo sekarang ni termasuk akak hehe..
    erm rambang mata ni nak pilih huhu ..

    lagi pun lenovo ni ori kan kak.
    baik ambil yang ni, dari ambil klon samsung note 3 tu huhu..

    *Nasi dah jadi bubur sebab beli klon samsung note 3 huhu memory dalam 1.68gb je huhu. ( walaupun masukkan memory 32gb)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenovo ada set original dan AP set. Tapi sama ja kualiti AP dengan original punya. Bezanya waranti sahaja. Hohooo say no to clone. Memang harga murah. Tapi klon ni faham jelah. Mesti ada kekurangan. That's why harga murah. Selamat membeli :D

      Delete
  2. So far bateri tahan lama ke kak? Nak beli brand ni jugak . Tapi masih survey . Takut menyesal karang kalau dah beli. Huhu. Confuse dengan brand lenovo punya nih. Ada yg a*** n s*** haihh ahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far bateri tahan sampai 8 jam ke atas kalau akak travel. Siap boleh online lagi. Okay laaa.. kalau gamers maybe tahan dalam 5 jam ke atas. But then hp ni tak cepat panas kalau online lama.

      Delete
  3. Nak tanya kak. Camera dia lawa ke? Saya tnga survey gak. Cadang nak beli fon ni. Nak cari camera yg best. Camera lawa tak?

    ReplyDelete
  4. Syiera...Ni tanya..casing Lenovo A880 boleh fit kat Lenovo A889 x? SBB Ni hadiahkn Mak casing printed. SBB utk A889 xde.. To A880 ada..huhuhu..harp syiera reply secepat mungkin..huhuhu.. Tq dear.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Casing a880 sama sahaja dgn a889. In fact memang tak da jual untuk a889. Sebab sama. A889 umpama adik a880. Hehe sorry lambat. Any enquiries boleh email syiera for fast reply syierafirdaus@gmail.com

      Delete
  5. skrin jadi kosong n hitam bila buat calling. kenapa ? ada ape2 setting tak kena ke ? boleh ajar tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekan settings > call settings > Other setting > untick 'proximity sensor'. Tak ada masalah apa pun. Gelap sebab nak elakkan daripada tertekan pape masa on call :)

      Delete
  6. Boleh tanye x kak pasal Hp Lenovo a889 ni?,kenape bile kite tekan tetapan yang ade versi android tu,die x kluar ape2,kan selalu hp laen kite tekan keluar gambar android.TQ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Ada yg cakap kena tekan laju2 baru keluar. Never try it all. Hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Masa syira beli RM650. Sekarang dah murah. RM350++ pun dah boleh dapat :)

      Delete
  8. nana pun baru amik lenovo .setakat ni memuaskan jugak la.

    jemput ke blog nana

    www.diyanarazim.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Slm.. sy ade mslh siket bila nk detect sd kad bila guna handset ni? camne nak buat yerr??
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. Cuba try reboot lepas tu insert balik. Kalau tak ok jugak, format balik hp.

      Delete
    2. Sama ada sd card rosak atau software hp crack. Antara dua.

      Delete
  10. salam ..akak..camera depan dye cntik x..sy tnya sbb sy ni ske selfie..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak. sy nk tya skit kak.. mcm mna nk move app to sd card?? sy da msuk app, tp x dak move to sd card.. 1 lg kak. bla call ja msti naik tulisan cina. mcm mna klu kta nk buang tulisan cina tue bla kta call org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..
      Jawapan 1: Kena transfer secara manual. Pegi ke file manager > app/apk > pilih app mana awak nak move ke sd. Copy then paste ke sd card.

      Jawapan 2: Phone dialler > Settings > Location > Tekan left button (kiri home button) > Then naik pop up setting, disclaimer, about kan? Pilih setting > Naik pop up lagi kan? Untick dua benda tu > Tekan OK

      Siap! Terima kasih :) Harap membantu

      Delete
  12. Beli online kat lelobg.com rm363. Puashati drp beli spec sama dgn Samsung dan asus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Setakat sekarang tak da problem. In fact syira guna dua2 phone lenovo.

      Delete
  13. Knapa lenovo a880 saya hanya memaparkan 1 minit masa terhad utk masa tamat ( timeout ) ??? Tolong saya bah: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat setting > display > screen time out ada 1 minit je ke? Suppose to be ada options pilihan drpd 15sec - 30 min. Kalau tak da better awak pergi ke kedai. Mungkin crack or something.

      Delete
  14. salam nak tanya phone ni memang tak boleh video call 3g direct ek selain guna application yg kita download?

    ReplyDelete
  15. jawapan nanti emel safarinsulaiman@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Wasalam.. memang tak boleh awak.. kena guna application.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. nak tanya. Kedai apa yang terima baucer buku untuk beli hp?

    ReplyDelete
  18. sALAM...nk bertanya...hp a889 nie kalo online xpown main game lama2 dya senang hang ke x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Hang kalau tak clear data. macam laptop jugak. CPU overheat kalau lama2 main

      Delete
  19. Asslam kak. Model lenovo a889 bole x buat wifi sendiri

    ReplyDelete
  20. Salam.. Sy nk tny.. Lenovo a889 ni dual Sim kan? Kduanya boleh brfungsi pada masa yg sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. tak sama. sim 1 sahaja boleh guna untuk online. sim 2 call dan mesej boleh.

      Delete
  21. Salam.. tumpang tnye.. tahu tak mcm mne nk update system A889?? Ade jgak search kat google,tpi tak jmpe... nk update sndri pun tak boleh...Boleh share info mcm mne nk update A889 ni? Tq☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Selalunya lenovo sendiri akan update secara automatik. Awak akan dapat notification untuk update firmware.

      Delete
  22. salam saya nk tanya kenapa GPS Auto On . macm mana nak matikan yeee ,bila matikan ON Balik . boleyh bantu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang pasti. Mungkin perlu format blk

      Delete
    2. Kena lock off location info dkt setting camera..itulah punca gps auto on kalo offkan..yoroshiku..

      Delete
  23. Knpa lenovo a889 bka games je dia trus keluar ke menu?ada cara mengatasinya x?

    ReplyDelete
  24. Macammana nak silentkan bunyi time check balance.

    ReplyDelete
  25. Syiera, asal hp lenovo sy nie gps dia hidup sdiri, bila dh Matikan dia aktif sndiri jugak

    ReplyDelete
  26. KAk syiera,nk tny..cmna nk matikan gps??sy dh matikan tp dia hidup balik,bila on wife je terus gps on..cmna ea??

    ReplyDelete
  27. salam kak syiera,,fon saya dia tulis "unfortunately tcontact manager has stopped." saya tak boleh nak tengok contact list..saya tak boleh tgk call log..contact dekat whatsapp pun dah tak boleh.. macam mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey i pun ada maalah macam tu juga.susah nak call prg hmm sedihh

      Delete
  28. salam kak syiera.. macam mana eh bila fon keluar "unfortunately,contact manager has stopped". saya tak boleh tgk contact list..tak boleh tgk call log.. and contactb dekat whatsapp pun tak boleh.. macammana yer ?

    ReplyDelete
  29. hp saya blh bunyi jam..bunyi msg..bunyi wasap....bunyi segala bunyi tapi... klu orang kol...hp tk de bunyi,...sunyi sepi...screen dpn je ada nmpk kol in tapi bunyi tk de....susah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post