Mee Udang Pulau Sayak


Assalamualaikum

Hari Isnin lepas syiera pergi pekena mee udang di Pulau Sayak. Tau tak Pulau Sayak dekat mana? Dekat Kuala Muda, Kedah. Pemandangan kat sini memang cantik. Usually orang yang berkunjung kat sini untuk makan-makan. Jarang pulak orang mandi manda. Mungkin kualiti air yang kurang bersih. Kalau nak mandi air laut sila ke Pantai Merdeka. Hehehe Pulau Sayak ni sesuai kalau family nak luangkan masa bersama. Terdapat jugak chalet dekat sini. Selalunya ada la sekolah/universiti yang buat camping dekat sini. Aktiviti syiera petang tu adalah makan!! Antara makanan yang paling popular di Pulau Sayak adalah mee udang. Sangat la rugi bagi yang datang sini tak pekena mee udang. Sepanjang Pulau Sayak ni terdapat banyak gerai makan. Jadi pilihan syiera ialah Usop Mee Udang Pulau Sayak. Amboi panjang benor ye nama. 

Tudia tudia nama dak udang dia?

Yang pasti bukan berdua. Bertiga ye. Hehe

Muka kekenyangan agaknya. Heee

Muka budak pemalu. Sapa ni? Sapa ni? Hahaha

View waktu hampir senja.


Till then, bye.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post