Syiera terkena keracunan makanan?


Assalamualaikum

cupcakes, pink, poison, sweets - inspiring picture on Favim.com

First thing first, tajuk entry memang tak boleh blah. Hahaha okay the truth is yes memang syiera kena keracunan makanan kelmarin. Bangun tido pukul 3 pagi semata-mata nak ke toilet. Aduh lahai amatlah seksa. Perut memulas sangat. Then pukul 9 pagi pergi kerja. Syiera sekarang praktikal dekat sebuah hotel sekitar Sungai Petani. Rujuk entry INI untuk info lebih lanjut tentang hotel tuh.  Ada bos front office tanya syiera macam ni.

" Hampa (merujuk kepada syiera) sakit perut tak? Kami (merujuk kepada beliau) sakit sangat semalam."

Syiera balas, "Laa, sakit jugak ka? Sama la. Ingat syiera sakit lawak-lawak ja."

Beliau replied, "Ramai cakap sakit perut sebab makan dekat staff cafe. Meh kita kumpul nama."

Nahhhh, sudahhhhh. Syiera dah cuak. Kes keracunan makanan ni. Dalam fikiran terbayang-bayang kes kenduri hari tuh. Takut aihhh. Sepanjang kelmarin tak boleh buat kerja apa pun sebab badan dah lembik. Nak kira claim hours staff pun dah tak betul (syiera kerja dekat akaun). Maybe sebab kepala dah mereng menahan kesakitan. Selamat dalam office syiera siap ada toilet. Kesian dekat staff lain yang jauh dari toilet.
Teladan kepada syiera supaya lepas ni lebih waspada dalam pengambilan makanan. Meh kita tengok sedikit info mengenai keracunan makanan. 

Klik untuk baca

Apa itu keracunan makanan?
Sejenis penyakit yang berpunca daripada pengambilan makanan @ minuman tercemar

Sindrom pesakit
> Loya-loya macam orang mengandung. Wek wek macam syiera semalam. Heee
> Cirit birit
> Sakit kepala
> Demam
> Muntah

Komplikasi keracunan makanan
Boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak mendapat rawatan awal. Selain itu boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh dan sakit sendi yang berpanjangan.

Langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku
> Segera ke klinik
> Simpan makanan tercemar untuk siasatan
> Laporkan ke pihak berkuasa

HappyHealthyStrong

P/s: Insyaallah nanti syiera blogwalking yang mana sudi singgah. Syiera tak sempat nak jalan-jalan blog hampa. Sorry nah.




0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post