6 Minggu Hamil.. Tapi Tak Nampak Baby..


Assalamualaikum.. Al kisah dua tahun lepas..


Baru baru ni syira pi klinik untuk pengesahan pregnancy. Perasaan memang berdebar debar sebab pengalaman pertama kan. So noob sikit apa yang perlu syira buat. Tujuan syira pi klinik untuk pengesahan kandungan dah berapa bulan.

Selesai isi borang register semua, staf klinik tanya syira "Puan dah buat upt test dekat rumah? Kalau ada gambar boleh tunjukkan tak" ujarnya lembut. Syira pun tunjuk la gambar dekat dia. "Tahniah puan, memang betul puan dah pregnant" Tersenyum syira.

Lebih kurang 5minit juga tunggu doktor masuk kerja sebab masa tu waktu rehat. Lepas doktor dah sampai, syira dan husband dipanggil masuk. Mula-mula dia tanya asal mana, stay mana. Agak friendly la doktor ni. "First day period of your last period bila ye puan?" Nasib syira ni jenis yang catat setiap kali datang period. Korang kena catat tau kalau dah kawin nanti sebab penting sangat.

"First day period on 17th August" bagitau syira dekat doktor sambil doktor tu dok key in info dalam monitor dia. "Your baby should be dah 6 weeks and 5days. Congrats" Alhamdulillah dah sebulan lebih rupanya. "Jom kita scan" doktor tu cakap. Syira cakap dalam hati "eh dah kena scan ke?"

Syira ikutkan jelah. Maybe prosedur klinik swasta macam tu kot. Masa nak scan tu, tetiba pundi kencing syira kosong pulak dah. Hahaha mana la cek tau kena tahan kencing sebelum scan ultrasound. Ini pun korang kena take note tau sebelum scan kena minum air at least 2 gelas 30 minit sebelum jumpa doktor.

Lepas dorang bagi syira minum, dipanggil masuk balik. Hati berdebar tak tau nak cakap. Doktor sapu apa benda ntah dekat perut. "Sejuk?" tanya doktor. "Tak lah" ringkas syira jawab. "Bukan awak, tu yang dalam tu" Ceh dia maksudkan baby. Tergelak husband syira.

Mata kami tertumpu dekat skrin monitor, doktor tunjuk la ini pundi kencing, dinding rahim etc. Tapi,.. doktor cakap "baby puan tak nampak lagi. It should be somewhere right here" Syira dengar dah cuak. Puas doktor tu pusing kiri kanan still tak nampak jelas dekat mana.

Syira dah mula risau. Kenapa tak nampak. Doktor cakap "Maybe your baby was too tiny. Kandungan belum matang but then saya risau akan risiko hamil luar rahim" Rasa macam nak luruh jantung syira masa tu dengar. Macam nak nangis.

Then doktor cakap "apa kata puan refer dengan hospital. sana nanti dorang lagi detail" Enough with that. Syira pi hospital Shah Alam untuk buka buku pink. But then doktor cakap no need to scan in this state. 6minggu terlalu awal untuk scan sebab takkan nampak. Hmm mana satu nak percaya. Syira dah risau sangat ni. Next check up baru doktor nak scan. Sebab masa tu baby dah masuk dua bulan lebih.

Mommy mommy sekalian, pernah tak alami isu macam ni? Share sikit pengalaman korang. Sebab kakak syira first scan pun masa kandungan dah 5 bulan. Help me. Risau. Hmmm. Doakan syira dan baby.

43 تعليقات

  1. tahniah dear! sis pun preggy 6week.. tp lom scan lagi :P
    normally walaupun bby kecik tapi dr scan boleh nampak dot gitu.. means betul2 positif preggy.. takut kandungan luar rahim je.. inshaaAllah xde ape2.. g klinik kerajaan la.. ada scan buat buku merah sekali..

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah yang risau. Terima kasih doakan syira :(

      حذف
    2. Assalamualaikum
      senang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
      dan berbagi kepada teman-teman disini.

      Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.

      Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.

      Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.

      Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.

      Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
      saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
      Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan hubungi
      Ki Witjaksono di:0852-2223-1459
      Supaya lebih jelas kunjungi blog http://bocorantogelsingapura59.blogspot.co.id

      atau KLIK DISINI

      حذف
    3. Haii... saya pregnant dh 7 minggu sudah.. tpi pgi tdi first scan... msih xnmpak lagi.. kenape erk?? Sedih saya seharian....

      حذف
    4. Skrg sy dlm 6 weeks to dktor xnmpk apa2 masa scan .

      حذف
  2. Semoga semuanya baik2 shja.amiin

    ردحذف
  3. Hai sis , sy pn baru test pstive preggy . pi klnik swasta nk scan utk tau kndungn brapa mggu , dktr ckp tak nmpk . sedih betul . time tu dh down betol ke tak preggy . dktr sruh buat urine test skli lgi . test mmg pstive . dktr tak cakap apa pn , then dia sruh 10 hari lagi dtg klnik lagi . mhmm . takut jugak . first time preggy neh . ada lah sy dwnload app prgnancy + kt hndphne neh . kalau ikut kan kt situ kndungn dh 6 weeks lebih . tah betul ke tdak . rsau lah sis .

    ردحذف
  4. Hai sis , sy pn baru test pstive preggy . pi klnik swasta nk scan utk tau kndungn brapa mggu , dktr ckp tak nmpk . sedih betul . time tu dh down betol ke tak preggy . dktr sruh buat urine test skli lgi . test mmg pstive . dktr tak cakap apa pn , then dia sruh 10 hari lagi dtg klnik lagi . mhmm . takut jugak . first time preggy neh . ada lah sy dwnload app prgnancy + kt hndphne neh . kalau ikut kan kt situ kndungn dh 6 weeks lebih . tah betul ke tdak . rsau lah sis .

    ردحذف
  5. Sis syiera.. Sy pon mcm syira.. Hamil 6week 2 days.. Td pi scan.. Tp xnmpak lg.. Dctor kata jgn risau.. Tnggu dua mnggu lg then check balik.. So ape perkembangan syiera.. Baby okay sebab dah bape bulan kan??

    ردحذف
  6. Don't wory sis syiera , Kita sama 6 weeks g scan xnampak lg . Dokter kata dtg dlm 2 weeks lgi ..

    ردحذف
  7. Tahniah Syiera, Hi semua, nak tumpang tanya juga... pengalaman saya lain sikit first time period lambat after khawin dah 5 weeks dah... upt negative so go klinik scan nampak tapi nak double confirm so i gi klinik lain tak nampak dah pula... i risau.. ada yang experience mcm i tak..?

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh seek other doctor untuk kepastian. Normally doktor akan minta tunggu lagi 2 minggu. Sementara tu jaga diri tau

      حذف
    2. Hi salam . Sma mcm sy scan firts time nampk 5weeks but upt negative . Second scan at other klinik at 6weeks tak nampak da . Confius mngduung or tak

      حذف
  8. Hi sis.. Sy 7 week scan xnmpk lg.. Dokter soh scan lg 2 week.. So harap ada keajaiban nnti

    ردحذف
  9. Hi sis, sy pun baru check kat doctor n time tu baru 6 mgu 1 hari. Masa doc ckp tak nampak baby sy pun risau jugak. Doc suruh dtg lg 4 mgu. Hrap2 ada keajaiban n ada baby. Aamiin..

    ردحذف
  10. Hai sis... So apa sambungan cerita sis msti dh lahirkan baby kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Hai😊 Alhamdulillah.. baby tu dah setahun 6 bulan sekarang. Hehe. Bukan baby lagi dah. Toddler😅

      حذف
    2. Hai sis ari tu scan brapa week bru nmpk kantung n janin? Sbb sy dah 6w5d scan xnmpk lg.. rsau pla 😓

      حذف
    3. Masa tu 14 weeks sis.. baru nampak baby

      حذف
    4. Sama dgn sya sis saya pun ikut kiraan last haid da 6 weak 3da6 scan tak nampak lagi risau saya dr suru scan lgi selepas 10hri semoga semuanya dipermudahkan dan baik2 je aminnn

      حذف
  11. Hai..ada tak dekat sini yang pernah ada masalah mcm i, last period 25/10, so 1/11 i cek upt +ve..tp stat 21/11 hingga hari ni 7/12 darah masih lagi keluar..banyak mcm darah period bila kencing keluar ketul2 darah beku..dah 2 x pergi klinik gov n swasta tp doc tak saranpun scan..alasan sebab i tak ada rasa sakit, doc suruh tunggu 8 weeks..alahai lama betul nak tunggu..confius darah tu sebab apa? Doc c

    ردحذف
    الردود
    1. Hai...kisah saya hampir sama tpi.. Ada tambahn ckit. .6/11 spttnya sy akan priod.. Tp tak mai2 pun.. Bila check guna upt naik doble line.. 1st katakn mmg hppy sgt2 la..msk 2 mggu pstu sy p swstr.. Check urine g.. N mmg psitive.. Msa tu kira dh 5week..msa usia kdgn 7week sy nak buat buku pink depa scan tp tak nampak pa2 mmg dpa syak lain dh.. Tp tca sy 1/1/19 t.. Cuma msalah skrg sy dh msk 9week sy ada bleeding tp tak bnyak ckit2 n msk 2 hari dh.. Smlm p hos doc kata mgkin awl khamilan n scan pun msh tak nmpak pa2 wlpn kantung.. N skrg pun msh ada darah coklat2.. Risau sgt.. Ada yg jd mcm sy tak.

      حذف
  12. Assalam .. Smlm gi klinik,coz ada keluar sedikit darah dan lendir. Perut memang rasa sakit sgat2 risau je.. Doc scan 7 weeks blm nampak, samada bby masih kecil atau jantung kosong katanya.. So mintak tggu 1,2weeks lg dtg scan semula.. Moga ada rezeki kali ni. 2 Thn lalu pernah keguguran ..

    ردحذف
  13. Assalam .. Smlm gi klinik,coz ada keluar sedikit darah dan lendir. Perut memang rasa sakit sgat2 risau je.. Doc scan 7 weeks blm nampak, samada bby masih kecil atau jantung kosong katanya.. So mintak tggu 1,2weeks lg dtg scan semula.. Moga ada rezeki kali ni. 2 Thn lalu pernah keguguran ..

    ردحذف
  14. Assalam..tadi p klinik nak scan nak tau usia kandungan,sebab kitaran haid sy x menentu,lewat 2 minggu baru upt naik 2 line,tanggal 30 feb Bhcg sy bacaan 79.0..tadi sy try 1 klinik ni scan,dia cakap awak tak mengandung ni dek,lps tu dia buat pula urin test,sy nmpk 2 line tp boleh2 dia ckp bagi dia tu negatif,.dia nak garis merah tu sama terang..sy tengok terang dah..tp bagi dia sy x prgnnt..first time dpt doktor yg agak mcm ni..trus down habis..

    ردحذف
  15. Asalam..First period 9.01.19..kira usia kandungan dah 10 minggu..baru ni bliding kuar darah coklat skit n terus pegi hospital cek..bila scan mcm 6 minggu..baby xnmpak lagi..doc ckp dlm kantung tu baru tgh bagi mkn..so doc sruh dtg 2 minggu lagi untuk scan..myb saya kurang mkn kot sbb alah teruk..mkn muntah je..harap sgt semuanya ok..

    ردحذف
  16. Salam saya pun Sama,ikut kan last period 6 julai so supposedly dah 2 bulan, pegi klinik satu ni scan doctor ni cakap kantung ada kecik baby takde Terus cakap ni pregnancy tak jadi ni puan,buat upt sekali lagi positive,saya ckp kat doc pempuan tu saya ada keluar discharge brown sikit than dia cakap ha tu tanda tanda nak keluar dah tu periods to sedih nya dengar,than kata lepas seminggu bole cuci la tu..ya ampun down dinghy, than tak paid hati gi klinik pakar buat scan sekali lagi doctor lelaki baik sangat explain kata puan baru 5 minggu 5 Hari tu yang tak nmapk dia kata sabar dulu dtg balik 2 minggu lagi ��

    ردحذف
    الردود
    1. Dh scan semula ke? Macam mana? Sbb ada terbaca ada yg tggu sampai 14week baru nampak.. sampak pun memula doc suspect blighted ovum. 1pregnancy, then terpaksa cuci... masa tu baru 8week, mgkn belum rezeki kami utk baby first tu

      حذف
  17. Salam sis..nak tanya,mcm kes isteri sya lain..last period bulan 3,lpas tuu awl blan 6 g lah jmpa doctor nk buat buku pink..bla dscan,just kantung dia jer,jntung and tnda dot blum lagi..normal ke mcmtu?

    ردحذف
  18. hai.. nk tau apa jd lps tu?? saya slrg alami mcm ni. stress saya

    ردحذف
  19. Normal ke klu 6 weeks scan still x nmpk baby.cuma kantung?dh puas nangis ni

    ردحذف
  20. Just share my experienced..doc ada ckp lain org lain pregnancy die..cam sy dlu mse pregnantkn bby yg 1st (gugur) mse 5weeks check kantung 0..tunggu 2 minggu check mmg xde janin ..so doc bg 2 choice nk biar bby kuar sndri meaning gugur secara semulajadi ( sebab body kita mmg akn boleh react utk kuarkan sndri) @ buat D&C..tp kuasa Allah mgkin bby xnk mumy die bertambah sedih sehari b4 date nk admit bby dh kuar smua kat rumah so xyh wat d&c..2nd bby plak 6weeks plus,this time teris nmpk kantung & dot janin..bby pn dh selmaat lahir..my friend 8 minggu plus bru nmpk janin..so conclusion stiap org berbeza..mumy2 smia jgn risau..In Shaa Allah kli ada rzki xkn ke mne..now sy tgh preggy 5weeks plus tp sy x g cek ag..sb bg sy terlalu awal..sy xnk nti doc suh dtg semula 2 minggi utk scan lagi..so doakan bby sy ok ye

    ردحذف
  21. Thanks for the article, its really very useful.
    overbust corset

    ردحذف
  22. I never stop myself to express something about your nice work.yeezygapofficialshop.com You're working really hard.

    ردحذف
  23. I'm truly glad to say it's an intriguing post to read.https://officialovo.com/ I get new information from your article.

    ردحذف
  24. Continue to send in more valuable and astonishing information on your blog so that we enjoy it. https://sp5derhoods.com/

    ردحذف
  25. I never stop myself to express something about your nice work. You're working really hard. stussyofficialshops.com

    ردحذف
  26. Actually quite glad to say, your post is extremely fascinating to read. stussyofficialshops.com

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم