Dah sponsor lepas tu senyap sepi hmmm..


Assalamualaikum.

Entry kali ni bukan nak aibkan siapa-siapa ye. Just terasa terkilan dengan beberapa blogger yang attitude macam ni. Siapa dia? Biarlah syiera sahaja yang tau. Seperti semua yang sedia maklum, syiera ada jugak join giveaway, contest, segmen etc yang dianjurkan oleh blogger lain. Just supporting each other.
Alhamdullillah, ada rezeki menang, ada yang tiada rezeki. Adat la kan. Tapi yang menjadi kekesalan syiera sekarang sikap sponsor giveaway tu sendiri. 
Syiera ada pm sponsor sekian sekian untuk tuntut hadiah.
Yelah, dah menang mesti lah kita excited ye idok? Tapi respon sponsor? Hmm boleh pulak tanya orang lain ada tak giveaway sekian sekian dijalankan? Haishhh syiera pun terkejut jugak kenapa si polan ni buat status sedemikian walhal boleh tanya kepada syiera sendiri kan. Its not that syiera ni nak sangat hadiah tu. Tak bagi its okay. Tapi jangan lah terang lagi bersuluh update status sampaikan tak tau yang syiera pun boleh terbaca status tu. Hmm ada jugak sponsor lain yang terus block fb syiera bila syiera pm dia.
Masyaallah, tak payah la sampai nak block berbagai dik non oii. Ahkak bukan batak sangat dik. Orang utaqa kata 'tak kebuluq' sangat. Hehehe Konklusinya di sini, kalau tak mampu beri hadiah seperti yang diuar-uarkan jangan la sponsor hadiah mahal-mahal. Tak salah nak sponsor tapi ikut kemampuan kita. Tak fair la kita dah penat tekan tekan iklan awak tu lastly macam ni endingnya? Kita baru nak jalin silatulrahim tetiba awak dah cut off line. Huhu. Syiera maafkan awak, awak dan awak tu. Jangan buat macam ni dekat blogger lain ye. Kesian yang dah excited join especially blogger yang baru nak kenal dunia blogging.

Regards, Syiera

JOM JOIN GIVEAWAY BAWAH NI
*klik banner*


3 Comments

  1. betul tu.. AA sdg menunggu hadiah dari seorang blogger ni, tp still xda respon lg.. maybe dia sebuk kot..
    sabar je la :)

    ReplyDelete
  2. Rasanya ramai dah terkena benda macam ni. Kesal jugak bila pikir.

    ReplyDelete
  3. lagi 1, kalau nak sponsor biarlah ikhlas. ada yg terpaksa kita sendiri tanggung postage. bukan berat sgt pon. lainlah kalau sabun bagai yang berat. kalau tak mampu sponsor, tukar kpd yang lbh mampu macam topup RM5 ke. abis citer

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post